♥Jaushol Azirah♥
Im perfectly imperfect♥

Assalammualaikum ~ Heyya there . welcome here ♥ im Nzra H , zee for short .be nice to me ang i'll do the same . this is my blog , if you like to be here , you can be my followers or you can leave your note *walking♥talking . but if you awak awak ang awak tak suka , you may leave . jgn kacau . my blog , my rule . see yaa 😉!


Moments ♥ About Me♥ Link ♥ Blank ♥


Walking♥Talking



Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Re-Edit: JausholAzirah♥



❤Past❤ | ❤New❤

Ahlan Wa Sahlan Ya Rejab :)


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

"Ya اَللّه  , berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban , dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan .."



 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ^^
Bulan Rejab tiba lagi menyapa kita semua . Syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ kerana kita masi lagi di berikan peluang untuk menyambut bulan penuh Mulia ini . Seperti yang kita sedia maklum , Bulan Rejab adalah Bulan اَللّه  . Seperti Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
'Bulan Rejab bulan اَللّه  , Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadhan bulan umatku' .

Dan hari ini zee nak berkongsi sedikit kelebihan Bulan Rejab . Pada yang belum atau mungkin terlupa , mohlerr sama-sama kita baca . Yang tak nak baca tu , tapaa ~ zee tak mara ^^

xoxo

: Kemuliaan Rejab dengan malam Israk' Mikrajnya , Syaaban dengan malam Nisfunya dan Ramadhan dengan malam Lailatul-Qadarnya .

: Puasa sehari pada bulan Rejab , mendapat Syurga yang tertinggi (Firdaus) . Puasa dua hari , dilipat gandakan pahalanya .

: Puasa tiga hari pada bulan Rejab , dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan) .


: Puasa empat hari pada bulan Rejab , di afi'atkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajjal di hari Kiamat .

: Puasa lima hari pada bulan Rejab , aman daipada azab kubur . Puasa enam hari , keluar daripada kubur , bercahaya mukanya .


: Puasa tujuh hari pada bulan Rejab , di tutup daripadanya tujuh pintu neraka . Puasa lapan hari pada bulan Rejab , di buka baginya lapan pintu Syurga .

: Puasa 16 hari pada bulan Rejab ,  akan dapat melihat wajah
 اَللّه  di dalam Syurga dan orang pertama yang menziarahi اَللّه di dalam syurga .

: Puasa 19 hari pada bulan Rejab ,  di bina baginya sebuah Mahligai di hadapan Mahligai Nabi Adam dan Nabi Ibrahim .

: Puasa 20 hari pada bulan Rejab , di ampunkan segala dosanya yang telah lalu . Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur) .

: Berkata Saidina Ali r.a ,

          *Puasa Rejab 13 hari seperti puasa 3 ribu tahun .
          *Puasa Rejab 14 hari seperti puasa 10 ribu tahun .

          *Puasa Rejab 15 hari seperti puasa 100 ribu tahun .

: Puasa sehari pada bulan Rejab ,seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari Syurga .

: Bulan Rejab Syahrullah (Bulan 
اَللّه  ) , diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada اَللّه  .

: Puasa pada awal , pertengahan dan akhir bulan Rejab ,  seperti puasa sebulan pahalanya .


: Orang yang lemah berpuasa pada bulan Rejab , hendaklah bersedekah setiap hari . Sekurang-kurangnya sebiji roti .


: Bersedekah pada bulan Rejab , dijauhkan اَللّهُ daripadanya Api Neraka , kerana kemuliaan bulan Rejab , bulan اَللّهُ .

: Siapa yang bersedekah pada bulan Rejab , seperti sedekah seribu dinar dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu rumah jasadnya seribu kebajikan , diangkat seribu darjat , di hapus seribu kejahatan .

: Barangsiapa meminta Ampun (beristighfar) kepada 
اَللّه  pagi dan petang 70 kali atau 100 kali pada bulan Rejab , diharamkan tubuhnya daripada api neraka .

: Puasa pada 27 bulan Rejab , seperti berpuasa 60 bulan pahalanya . Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun . Kerana kebesaran hari Israk' Mikraj .


: Siapa melapangkan kekeruhan , kesusahan , orang mukmin pada bulan Rejab ,  di kurniakan 
اَللّه kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus .

: Kerana keagungan , kebesaran dan kemuliaan bulan Rejab itu , maka 
اَللّه limpahkan rahmatNya , kemurahanNya dan kebajikanNya terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya , beribadat pada malamnya . 

xoxo

Sungguh beruntung sekali bagi hamba-hambaNya yang menggunakan kesempatan pada bulan Rejab ini berlumba-lumba memperbanyakkan ibadat dalam hidupnya sungguh satu Rahmat  اَللّه yang terbesar yang di anugerahkan kepada hamba-hambaNya dengan mendapat keredhaanNya yang besar dan RUGILAH orang-orang yang ketinggalan .

Rejab bulan menabur benih ,
Syaaban bulan menyiram tanaman .
Ramadhan bulan menuai .

Rejab menyucikan badannya ,
Syaaban menyucikan hatinya ,
Ramadhan menyucikan rohnya .

Rejab bulan keampunan .
Syaaban bulan syafaat ,
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan .

Rejab bulan taubat ,
Syaaban bulan muhibbah ,
Ramadhan dilimpahi pahala .
Rejab di ganda 70  pahala ,
Syaaban di ganda 700 pahala ,
Ramadhan di ganda 1000 pahala ..


Selamat Beramal ,
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ . ^^v