
|
Im perfectly imperfect♥ Walking♥Talking
| ketak ketuk keypad
Sedang menikmati romantic cheese cake . jejari mula mengetuk keypad . kepala mula 'berjalan' menyusun setiap patah perkataan . memikir dan terfikir . melihat anak anak muda zaman ini , hati di pagut bimbang . yaa , diri ini juga anak muda . takut jika salah dalam berkawan . takut jika diri suka melakukan kejahatan bila berteman . takut jika biadap terhadap ibu bapa . hilang hormat pada ibu bapa . takut jika diri leka dan makin lalai dengan dunia . cinta akan dunia . memikir lagi , kenapa anak muda zaman sekarang teruk perangai ? Apa salah ibu bapa kerana terlalu sibuk bekerja lalu anak anak terabai di rumah atau di asuh orang lain ? Apa anak anak muda sekarang kurang kasih sayang ? Kurang perhatian ? Atau kurang bimbingan ? yaa , segelintir ibu bapa terlalu berharap pada pengasuh . letak harapan pada para guru untuk membimbing anak anak . itu ketika di luar rumah . siapa yang bimbing anak anak jika di rumah ? Ibu bapa , luangkan sedikit waktu untuk anak anak . sesibuk mana pun kamu ibu , bapa . luangkan masa . jangan sampai anak pilih kengkawan malah yang dipilih itu , tidak molek perangainya . lalu menjadi ikutan anak anak dan dibawa ke rumah . siapa yang sakit kepala akhirnyaa ? Ibu bapaa . Bukan ibu bapa saja sebenarnya yang perlu sedar . tapi sebagai anak , diri juga perlu disedarkan . sentiasa berfikiran positif . berkawan dengan kawan yang baik baik . lakukan benda yang baik baik . yaa , sentia begitu . jika ada kawan melakukan benda kurang baik , maka nasihatkan . bukan pulaa kita ikut sama . dekatkan diri dengan DIA . in shaa Allah , molek laa perangai kitaa . Ibu bapa , bukan ku minta siang dan malam mu untuk ku selalu . tidak ku perlu duitmu untuk kau manjakan ku . tidak juga ku perlu kasih sayang dari pengasuh sehingga aku kurang pasti yang aku anak pengasuh atau anak kamu ibu bapaku . yang ku perlu , sedikit waktu untuk ku . sedikit masa untuk kita beramah mesra . sedikit kasih sayang untuk ku , sedikit perhatian tanda kau peduli akan diri ku . ibu bapa , bukan keinginan hati untuk berubah . bukan kehendak jiwa biadap terhadap kamu . cuma itu tanda protes ku . tanda aku perlu kamu . tanda aku terasa terabai . Ibu bapa , sungguh aku sayang kamu . tanpa kamu , siapa aku ? Ibu bapa , maafkan aku . maafkan aku ×•× Apa yang aku merepek meraban ni ? Assalammualaikum ت |