
|
Im perfectly imperfect♥ Walking♥Talking
| •_°
Mata tidak beralih dari kaca tv . Tangan sibuk menyuap kuih tat nenas . Mulut mengunyah . Di sebelah , anak saudara sibuk bermain di telipon . Tiba tiba soseorang bersuara . Bercerita tentang seorang kenalan yang telah berubah . Jauh berubah . Perhatian mula beralih arah . Telinga di buka selebarnya . Hati tertanya-tanya , kenapa dia berubah ? Tidak di kenal keluarga dan orang luar . Diutamakan orang luar dari keluarga terdekat . Adakah kerana dia bakal bergelar seorang yang bekerjaya dan seorang yang berjaya lalu dia berubah sebegitu ? Otak mula 'bekerja' . Memikir dan terfikir . Adakah dia punya masalah sehingga begitu sekali dia menunjuk perasaan ? Ingin membantu , tapi seperti tidak diperlu . Dia tidak ingin bercerita . Tidak mahu berkongsi cerita . Mungkin diri ini tidak dipercaya . Yaa , mungkin . Ah , lagi baik makan tat nenas ! Mata kembali focus , telinga 'di tutup' . Assalammualaikum •_° |