
|
Im perfectly imperfect♥ Walking♥Talking
| Sesuatu
Duduk diam diam , termenung sorang sorang . Fikirkan hal dunya yang belum ada kesudahan . Fikirkan diri yang sering kali leka dan lalai . Bilanya hendak berubah . Bukan ingin kelihatan sempurna di mata manusia , cuma mahu sempurna dimata Sang Pencipta . walau sebenarnya tahu , diri tidak sempurna . Tapi sekurang kurangnya , telah dicuba . Pedulikan mulut mulut longkang yang tak reti diam . Bila penat , mulut itu sendiri akan tertutup . Paling tidak , sampai masa mulut itu sendiri tidak akan boleh mengeluarkan ayat ayat berbisa kerana kaku dek kelancangannya mengeluarkan ayat ayat berbisa dahulu . Tidak perlu diambil peduli dengan pandangan manusia yang tak pernah puas . Utamakan pandangan DIA . DIA tidak akan pandang rupa mahupun hartamu kerana itu milikNYA . Tapi dia pandang akan amal mu . Bekalan yang kau bawa untuk DIA . Tapi , seringkali kita leka akan dunya yang sementara . Yang dikejar , dunya semata . Akhirat , esok dah tua baru diambil kisah . Sedang tidak pernah kita tahu , waktu tua itu , apakah kita masih ada ? Memerhati segelintir manusia . Bukan ingin mengatakan bahawa aku cukup serba sempurna , cuma untuk peringatan diri sendiri . Ubat untuk sedarkan diri yang seringkali leka . Yang kala terlalu cinta akan dunya . Seperti dunya ini kekal selamanya . Apa yang dicoret , sekadar apa yang singgah di kepala . Yang baik kita ambil , yang kurang baik kita simpan . Buat pengajaran . Bukan dijadikan alasan untuk menjatuhkan . Dan moga ada pengajaran disebalik 'kerapuan' yang tercoret . Selamat Hari Raya . Assalammualaikum |